Sunday, 11 January 2015

Jannah di hati kami...

Assalamualaikum w.b.t,

Nur = Cahaya
Raihan = Sejenis wangian di syurga
Jannah = Syurga

Nur Raihan Jannah, nama yang cukup dekat di hati kami. Dan nama itu hanya bermain di bibir kami. Kerana cerita tentang Nur Raihan Jannah hanya berlegar dalam ruang hidup kami.
Kami memanggilnya dengan nama Jannah. Panggilan yang tidak bersifat realiti, hanya panggilan di dalam doa atau igauan.
5 tahun lalu, Jannah dipinjamkan oleh Ilahi kepada kami hanya untuk sementara cuma. Dan kami hanya sempat membelainya ketika Jannah di dalam kandungan.
Ketika Jannah berusia 8 bulan di dalam kandungan, ketika papa, umi dan kakak tidak sabar menunggu kehadirannya ke dalam hidup kami, takdir Ilahi mengatasi segalanya. Jannah diambil kembali oleh Allah, meninggalkan kami sebelum sempat kami selimutkannya dengan kasih sayang. Tetapi kami redha. Bukankah sesuatu yang dipinjamkan, sampainya masanya akan dituntut kembali?
Kenapa Jannah? Bukan orang lain? Sebab Jannah adalah insan yang terpilih, yang akan menghuni syurga abadi, dan kami yakin sesungguhnya.

Jannah, walaupun papa hanya sempat memelukmu ketika tubuhmu telah layu, walaupun umi tidak berpeluang menyusuimu, walaupun kakak tidak sempat melayan keletahmu, namamu akan sentiasa melekat di hati kami. Kelak, semoga kita bertemu di syurga yang abadi dan hakiki. Amin…  







Friday, 9 January 2015

Cerita tentang jam

Assalamualaikum w.b.t

Selalu orang bertanya, apa bezanya antara jam berharga RM100 dengan RM1000. Apa bezanya antara Q&Q, Casio, Alba dengan ROLEX , TUDOR ataupun OMEGA. Ataupun paling kurang ORIS, BALL atau RADO.
Apa bezanya antara jam yang di beli di pasar malam dengan yang di beli di Butik di KLCC. Selain harganya, adakah perbezaan lain yang lebih signifikan? Mungkin peminat jam mahal akan berhujah, jam mahal lebih tahan lama, dan lasak. Saya tidak berfikir begitu. Buktinya saya pernah memiliki jam jenama Casio yang berharga RM50. Saya pakainya ketika bersukan, mandi di air terjun, ketika melakukan kerja lasak dan segalanya. Dan saya pakainya lebih 5 tahun sehingga kehabisan bateri. Jam itu masih ada sekarang dan jika ditukar bateri baru, ia masih boleh berfungsi seperti biasa.
Jawapannya tidak ada selain harganya. Fungsinya masih sama, untuk melihat waktu. Jika waktu tempatan menunjukkan pukul 6 ptg, maka secara logiknya semua jam tidak kira mahal atau murah akan menunjukkan pukul 6 ptg selagi tidak di ubah oleh pemiliknya.
Seorang sahabat pernah berkata, pemakaian barang-barang yang berjenama dan mahal akan meningkatkan keyakinan diri. Tetapi saya melihat orang yang memakai jam berharga ribuan ringgit masih tergagap-gagap ketika bercakap di depan khalayak.
Dari sisi lain, saya melihat jam lebih merupakan aksesori. Bukan lagi untuk melihat waktu. Apatah lagi untuk menjaga masa, jauh sekali. Hampir semua orang akan memakai jam tapi jarang sekali yang menjaga waktunya. Jam tidak lebih dari merupakan perhiasan semata-mata.
Tidak salah memiliki jam mahal kalau berkemampuan. Dan tidak menjadi kesalahan orang yang berkemampuan tetapi masih memakai jam murah. Mahal atau murah bukan persoalannya, apa yang lebih penting adalah menepati waktu dan menjaga masa.

Saya ada beberapa utas jam tangan, dan kebanyakannya merupakan hadiah dari orang yang tersayang. Kenapa ‘beberapa’? Bukan kah satu sudah cukup? Entah! Tidak ada jawapan yang konkrit mengenainya. Jawapan paling hampir, kerana jam adalah perhiasan. Mesti ada beberapa. Senyum sendiri…..


Jam hantaran kahwin. Usianya dah masuk 10 tahun, sama usia dengan perkahwinan kami. Harganya tak mahal tapi ada nilai sentimental di situ. 



Jam BONIA hadiah hari lahir dari permaisuri hati. 


Jam paling mahal dalam koleksi. Mahal bagi golongan marhaen macam saya. Juga hadiah dari permaisuri hati. 


Satu-satunya jam yang saya beli sendiri. TISSOT PRC 200. Bukan ori, hanyalah replika. 
Seorang sahabat yang merupakan peminat jam berjenama pernah beritahu saya, memakai jam replika seolah-olah menipu diri sendiri. Sehingga ke hari ini saya masih memikirkan maksud kata-katanya yang sangat tersirat. Dan saya senyum sendiri lagi.....



Kuantan lagi...

Assalamualaikum w.b.t,

Kuantan, bandar yang sangat familiar dengan keluarga kami. Rasanya kami lebih kerap mengunjungi Kuantan berbanding Kuala Terengganu, walaupun saya memang berasal dari Kuala Terengganu. Mungkin kerana faktor jarak rumah saya yang lebih dekat dengan Kuantan iaitu. Paka. Dan mungkin juga kerana dahulu saya bersekolah di sini.

Saya sukakan Kuantan. Kerana banyak pilihan gedung membeli-belah yang ada. Dan entah untuk yang ke berapa kali kami mengunjungi Kuantan lagi. Dan kebiasaanya kami akan bermalam 1 malam di sini.



Hotel yang selalu kami tempah. Hotel Seasons View. 

Kami selalu menginap di sini. Fasiliti okay le. Cukup untuk keperluan keluarga kami. Tapi sejak akhir-akhir ni internetnya problem. Mungkin kena cari alternatif lain agaknya.

Queen + 1 single




Bilik air okay le. 

Seumur hidup, rasanya ini la first time saya makan di makan Manhattan Fish Market. Saja nak merasa.





Spaghetti seafood. Agak pedas.



Fish 'n' Chip. Rasa boleh la tahan. 



Ini seafood soup. Dah lupa namanya. Supnya masin. 

Overall, makanannya biasa-biasa saja. Harga pun mahal. Mungkin tak kena dengan selera. Orang yang berasal dari kampung macam saya mungkin lain seleranya. Rasa-rasanya inilah kali pertama dan terakhir saya berkunjung ke restoran ni.



Pagi-pagi selepas breakfast, pergi pusing-pusing di pasar karat Taman Kerang. Berdekatan masjid besar Kuantan. Kebanyakan barang-barang second hand. Ada sesetengah barang tu tak terfikir, bahawa akan ada orang yang akan beli.














On the way balik, singgah bandar Kemaman. Lunch kat Kemaman station. Saya tak pernah perasan kopitiam ni. Ni 1st time singgah setelah di rekomenkan oleh orang rumah. Decoration dia agak menarik. Di satu sudut kelihatan satu almari yang penuh dengan segala barangan berkaitan Coca-Cola. Memang menarik.






Segala barangan berkaitan Coca-cola. Ownernya memang obses dengan Coca-Cola agaknya. 



Menu yang ada.





Mushroom sup, roti bom + kari kentang & telur separuh masak. 


Kari ayam dengan nasi putih. 



Mee tomyam
Menunya boleh tahan, harga masih lagi kategori berpatutan. Kopitiam ni antara yang boleh di rekomenkan pada orang luar yang berkunjung ke Kemaman.


Tuesday, 4 March 2014

Pusing-pusing Bandar Melaka...

Assalamualaikum w.b.t,

Secara formalnya, ini bukanlah percutian sebenarnya. Kebetulan menghadiri training di Melaka. So, ambil peluang pusing-pusing Bandar Melaka. Datangnya pun berseorangan. Ambil hotel budget je. De Mawardah Inn. Bilik untuk seorang hanyalah RM58.00/semalam. 





Bilik kecil je. Tapi cukup la untuk tumpang tidur.



Hotel ini terletak satu baris dengan Hotel Huda dan White Hotel. Alamatnya Jalan PM4, Plaza Mahkota. Berdekatan dengan Menara Tamingsari dan bersebelahan Mahkota Parade. So, jalan kaki je la.






First day habis training, tempat pertama di tuju semestinya Menara Tamingsari. Konsep menara ni sama dengan menara kat Legoland. Bayar tiket RM10, masuk dalam platformnya, dan ia akan naik ke atas. Boleh lihat permandangan Bandar Melaka dari atas.





Permandangan Bandar Melaka dari atas. Depan tu Dataran Pahlawan, sebelah kanan adalah Mahkota Parade






Pahlawan Walk. Macam-macam souvenir di jual disini.




Kat Pahlawan Walk ada banyak lot kedai yang menjual souvenir. Makanan tradisional Melaka pun banyak. Dan Melaka ni memang sinonim ngan Cencaluk. Tapi tak beli pun, sebab takde orang nak makan. Cencaluk ni kalau bawak balik ke Terengganu, ia akan kalah teruk dengan budu. 


Malamnya pusing-pusing lagi, tengok permandangan malam. Menyusuri sungai Melaka dengan river cruise.













Deretan beca yang dihiasi lampu setia menunggu penumpang. 


Hari kedua meneruskan lagi jelajah. Orang kata kalau sampai ke Melaka, tak sah kalau tak pekena asam pedas. Sebab bila balik dari Melaka mesti orang akan tanya, "try tak asam pedas?". 



Saya try Restoren Asam Pedas Selera Kampung berdekatan dengan hotel. Restoren ni di rekomenkan oleh ramai orang. Jalan-jalan cari makan TV3 pun pernah promote tempat ni. Lokasinya Jalan PM3, Plaza Mahkota.

Restoren ni menjadi tumpuan selebriti yang berkunjung ke Melaka. Sebab kat dindingnya ada gambar selebriti yang pernah makan kat sini. Antaranya Dr. Maza, geng-geng Imam muda dan Amy Search. 


Pekerja perempuannya ber niqab ( purdah ). Sejuk mata memandang. 



Langgar pantang bila jumpa asam pedas. Saya ambil asam pedas kepala tenggiri dengan ayam kampung. Kuahnya penuh dengan rasa. Memang mengancam. Semua ni dengan air suam dalam RM16.00. 

Pusing-pusing lagi di Bandar Hilir. 
Pemandangan biasa yang selalu kita lihat dalam brochure pelancongan. 











Power suara brader ni. Dia bawak lagu Wild Word ( Mr. Big). Kalah Eric Martin. 





Replika kapal yang menyerang Melaka pada 1511.








Jonker Street. Untuk penggemar barang-barang antik. 



Masjid Keling









Masa pusing-pusing kat Bangunan Stadthuys, terjumpa cendol jam besar yang di sebut-sebut orang itu.


Tengah panas dan haus, jumpa cendol, langgar pantang lagi. Order sampai dua mangkuk sebab nak rasa. 






Cendolnya boleh tahan. Cukup rasa, lemak, manis semua ada. 

Singgah sebentar di Dataran Pahlawan mall. Tak ada apa-apa yang menarik. Mungkin tak kena dengan jiwa. Kedai-kedai kat sini kebanyakannya branded store. 





Malam sebelum balik, pusing-pusing cari Restoren Asam Pedas Hajah Mona kat Kota Laksamana. Restoren ni pun highly recommended oleh orang-orang yang pernah datang ke Melaka. 


Order asam pedas tetel ( daging + lemak ), nasi putih ngan air suam. Perut penuh lagi sebenarnya tapi sebab nak rasa, order jugak la. 



Kat sini nasi di hidangkan dengan sayur taugeh dan telur masin. Tak ada sayur lain. Kalau mengikut selera tekak saya, lagi sedap rasanya Asam Pedas Selera Kampung. Dia punya lauk lagi banyak tambah pulak ada berjenis-jenis ulam. Kat Hajah Mona ni asam pedas semata-mata. Namanya pun restoren asam pedas kan? 

Melaka ni kalau nak bawak famili datang bercuti memang sesuai la. Banyak tempat boleh di kunjungi. Insya Allah kalau ada rezeki datang lagi, kali ini dengan anak-anak dan isteri. Tentu lebih bermakna rasanya daripada datang seorang tak tentu hala berjalan-jalan. 
Jumpa lagi Melaka...