Friday, 8 November 2013

Jalan-jalan ke Penang.



Alhamdulillah, akhirnya sampai juga ke Penang, setelah hampir 13 tahun meninggalkan bumi ini. Last berada di sana pada tahun 2000, semasa masih bergelar student.
Kami bertolak pada petang 31 October yang lalu, sampai awal pagi 1 November. Stay di hotel yang sangat selesa bagi kami, Hotel Royal Penang.Cuma yang tak bestnya, tandasnya tak ada paip.


Permandangan dari tingkat 13 Hotel Royal.


KFC ni nampak unik. Berada dalam bangunan lama.




First tempat yang kami pergi, semestinya Bukit Bendera. Seriously, saya pernah berada di Penang selama 5 tahun, tapi ini la first time sampai.




Orang agak ramai ketika ini, sebab cuti Depavali




Permandangan dari atas Bukit Bendera





Orang cakap kalau pergi ke Penang, tak sah kalau tak pergi ke Bukit Bendera.


Jeruk Pak Ali. The famous one in Penang.











Jeruk Pak Ali ni, dihasilkan dengan menggunakan cuka epal. Sangat sedap, tak macam jeruk dari Thailand, yang menggunakan cuka buatan. Dan jeruk Pak Ali ni juga, kalau makan banyak tak rasa sakit tekak atau batuk.



Cendol ni pun famous di Penang. Cendol Teow Chew.



Nasi kandar Line Clear. Terasa nak makan tapi tengok orang punya la ramai beratur. Malas nak beratur.



Last-last pekena nasi kandar kat kedai sebelah Line Clear. Nasi kandar Yasmeen.





Nasi kandar kat Yasmeen ni okay jugak. Kari dia memang terasa la.




Balik naik feri. Anak-anak beria-ia nak naik feri.



Kami juga sempat singgah Queensbay Mall, shopping complex yang sangat besar.
Malam tu ingat nak pekena Nasi Kandar Beratur yang famous tu. Tapi orang beratur punya la panjang, memang sesuai dengan namanya. Terus tak jadi.
Banyak lagi tempat menarik dan tempat makan kat Penang ni, tapi kami tak sempat nak pergi. Makanan yang paling marvellous kat Penang ni bagi saya, Nasi Kandar, Pasembor dengan Char Kuey Teow. Sapa-sapa yang berkunjung ke Penang, harus cuba tiga jenis makanan ni.

Friday, 13 September 2013

Nasi Lemak Kukus...

Assalamualaikum...Salam Jumaat,
Penghulu segala hari. Hari minggu untuk negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Dan hari Jumaat juga, kami anak beranak biasanya menjamu nasi lemak, hasil air tangan permaisuri mahligai kami. Terima kasih 'Umi', untuk nasi lemak dan sambal yang sangat marvellous.














Saturday, 7 September 2013

Selamat Hari Lahir, kakak...

Alhamdulillah, 'kakak' dah genap 7 tahun. Bermakna sudah 7 tahun papa jadi ayah. 7 tahun juga umi jadi ibu. Dan selama 7 tahun juga papa dan umi mencurahkan kasih sayang yang tidak pernah terhenti pada 'kakak' walau sedetik cuma.
Selamat Hari Lahir, 'kakak'. Semoga 'kakak' akan terus jadi kebanggaan umi dan papa.....





















 

Friday, 6 September 2013

Salam permulaan....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam perkenalan kepada semua.
Alhamdulillah, akhirnya wujud juga blog sendiri. Ideal yang sudah lama terperam. Setiap kali ingin mewujudkan blog, persoalan yang selalu bermain ialah tentang apa yang nak ditulis. Tapi orang kata, buat dulu blog, nanti akan datang lah idealnya. Ada kebenarannya... dan dengan itu terciptalah blog ini.
Selamat ber 'blogging'.....