Assalamualaikum w.b.t....
Rasanya dah lama tak ber
'blogging'. Banyak benda yang nak di tulis sebenarnya, tapi sebab selalu
tertangguh, akhirnya 'benda' yang nak di cerita tu berlalu begitu saja.
Sebelum
blog ni suram dan layu, lebih baik saya ceritakan pengalaman ke Bandung minggu lepas. Bukan nak menunjuk, tapi sekadar perkongsian
pengalaman dan semoga menjadi tips untuk sapa-sapa yang nak ke Bandung.
Insya Allah.
Sebut saja Bandung, kebanyakan orang
Malaysia tahu tempat ni. Terutamanya kaki shopping. Syurga membeli belah
bagi orang Malaysia. Lebih-lebih lagi Air Asia kerap mengadakan promosi
ke sana. Tambang agak murah la juga time promosi ni.
Hari pertama
Kami
berlepas 29 January 2014 melalui Air Asia, sebab ni satu-satunya flight
yang direct ke sana. Kalau MAS, kena turun di Jakarta, kemudian kena
ambik public transport ke Bandung. Agak membazir masa kerana train ke
Bandung dalam 3 jam.
 |
Ambik
flight pukul 3.30 ptg. Sampai di LCCT dalam pukul 12.30 ptg.
|
 |
Biasa
la Air Asia. Delay jer manjang.
|
 |
Alhamdulillah, selamat sampai di Hussein
Sastranegara International Airport.
|
Flight sepatutnya berlepas pukul 3.30 ptg. Tapi delay hampir sejam.
Alhamdulillah selepas 2 jam sampai ke Bandung.
Kami menggunakan khidmat supir dari
Hayuka Bandung selama di sana. Jumpa laman web dia orang melalui recommendation dari orang yang pernah ke sana.
Boleh
ajer kalau nak bergerak sendirian, tapi agak susah sebab ini first time
kami ke sana. So, guna supir lagi senang rasanya. Bagi tau je nak
kemana, dia orang akan uruskan. Hayuka Bandung ni boleh juga di hubungi
melalui facebook.
Kami menginap di
Hotel Zodiak at Asia Afrika.
Hotel budget jer tapi cukup la untuk kami 4 beranak. Sebelum ke hotel kami
singgah di Restoren Mitra Sederhana Pastur. Restoren nasi padang yang
menjadi sebutan orang Malaysia kalau kesini.
 |
Supir dari Hayuka Bandung yang bawa kami. Namanya Reddy. Sangat
baik orangnya.
|
Nasi
padang ni di hidangkan dengan berbagai-bagai jenis lauk. Lauk yang kita
makan sahaja akan di kira. Yang tidak di sentuh tidak akan di kira.
Lauknya agak masin, tak berapa kena dengan selera saya. Dan harganya
boleh tahan juga mahal. Mungkin sebab kedai ni jadi tumpuan pelancong.
Hari kedua
Jelajah shopping pun bermula......
 |
Permandangan
di belakang hotel. Menara Masjid Agung Bandung.
|
Sebelum tu, breakfast dulu kat hotel.
 |
Cafenya
kecik ajer.
|
 |
Breakfast
simple ajer. Tapi cukup la untuk mengalas perut.
|
Tempat
pertama adalah gedung kain. Tempat ni merupakan supplier kain untuk
Pasar Baru. Pada mulanya kami nak ke Pasar Baru, tapi atas cadangan
supir, kami ke tempat ni. Lebih murah katanya. Memang murah pun.
Terletak di Taman Kopo.
 |
Sepanjang
perjalanan ke Kopo.
|
Di sini tempat jualan kain sulam dan telekung. Harga
memang murah. Dalam lingkungan RM30-40 sepasang. Memang rambang mata la
nak pilih.
Singgah di Grutty. Gedung barangan kulit.
 |
Kasut
dan handbag. Tak beli pun sebab tak berapa berkenan.
|
Toko
Tiga, kedai yang terkenal menjual segala macam jenis jeans. Levi's,
Wrangler, Lois, Edwin dan beberapa jenama yang tak pernah kita dengar.
Saya
tak pasti berapa harga Levi's original kat Malaysia sebab saya bukan
peminat Levi's. Kat sini kalau Levi's 501 boleh dapat dalam harga
RM250-RM300.
Tapi saya beli gak sehelai Levi's 505, alang-alang dah sampai sini. Dapat dalam harga RM113 setelah di convert dari Rupiah.
Kalau Edwin, Lois, Wrangler boleh dapat dalam harga bawah RM100. Agak murah juga kalau dibandingkan dengan Malaysia.
Singgah makan tengahari di Restoren yang terkenal dengan ayam bakarnya.
 |
Lelaki yang tengah buka bonet tu supir kami. Kami menggunakan Toyota Avanza tu la untuk bergerak.
|
Ada kerusi dan meja tapi kami pilih makan bersila.
 |
Set
nasi dengan ayam bakar. Dihidangkan dengan sambal, kerabu, terung berlada dan
tauhu goreng. Memang takde kuah. Rasanya memang sedap. Mungkin sebab tengah
lapar kot.
|
Butik anak kecil. Menjual pakaian khusus untuk kanak-kanak.
Singgah
di Jalan Riau. Disepanjang jalan ni terdapat deretan butik factory
outlet. Menjual berbagai jenis pakaian dewasa dan kanak-kanak.
 |
Terminal
Tas. Aneka barangan kulit.
|
Kat tengah The Secret ada taman tempat berehat. Juga ada gerai makanan dan minuman ringan. Sempat juga try cendol durian.
 |
Cendol durian. Rasanya macam cendol di tempat kita cuma ditambah
durian.
|
 |
Budak kecik ni tengah lepak sementara tunggu umi
shopping.
|
 |
Tak faham!!?? |
Singgah The Oasis lepas tu terus balik hotel. Dah penat lepas seharian berjalan.
Malamnya keluar makan je. Tak pergi mana-mana. Try restoren mee bakso.
 |
Makanan yang kami order. Mee bakso original. Memang rasanya
original Indonesia.
|
 |
Nasi Sup Iga. Iga tu daging lembu sebenarnya. |
Lepas makan terus balik hotel. Penat weh seharian
berjalan. Alhamdulillah supir kami sangat sporting. Beritahu je ke mana
nak pergi. Dia akan bawak.
Hari ketiga
Orang kata kalau ke Bandung, tak
sah kalau tak ke Tangkuban Perahu. Kawasan gunung berapi yang masih
aktif dan dibuka untuk pelancong. Tapi kalau ada letusan, ia akan di
tutup kepada umum. Kerajaan Indonesia akan sentiasa monitor tempat ni.
Maklum la, kat Malaysia takde tempat sebegini, itu yang menyebabkan
ramai orang Malaysia kesini.
So, pagi-pagi lagi kami dah bergerak.
 |
Jalan
ke Tangkuban Perahu.
|
 |
Bayaran
untuk seorang.
|
Kawasan Tangkuban
Perahu ni ada bau yang kurang menyenangkan. Bau sulfur dari kawah gunung
berapi. Kalau ada sapa-sapa yang alergik, boleh la pakai mask, banyak
di jual di pintu masuk. Dan dinasihatkan pakai sweater sebab agak sejuk.
Inilah kawahnya. Rasa teruja masa first time tengok. Subhanallah. Memang tempat ni sangat cantik.
Penuh dengan pelancong dari Malaysia.
Dah sampai sini, ambik la peluang bergambar banyak-banyak. Ye la, bukan selalu boleh pergi ke tempat sebegini.
Kedai jual souvenir. Kalau nak beli key chain atau fridge magnet yang ada tulis 'Tangkuban Perahu', kat sini jer ada di jual. Kat lain takde. Kalau yang tulis 'Bandung', kat tempat lain banyak.
 |
Layan
anak nak naik kuda.
|
On
the way turun dari Tangkuban Perahu, singgah di ladang strawberry.
Bayaran masuk Rp10,000 seorang. Boleh petik sendiri strawberry, sekilo
dalam Rp 75,000. Ladang strawberry ni optional je sebenarnya. Tak pergi
pun takpe. Kat Cameron Highland pun ada. Cuma kat sini murah sikit harga
strawberry nya.
Pergi menjengah ke Pasar Baru. Tempat ni merupakan syurga kain. Ada tujuh tingkat semuanya Macam-macam jenis kain ada. Kain pasang, kain sulam, telekung, t-shirt dan macam-macam lagi la jenis kain. Saya kurang arif pasal kain ni, orang perempuan mesti tahu.
 |
Permandangan
biasa di kota Bandung. Gerai seperti ini banyak di tepi jalan. Macam-macam
jenis makanan jajaan tapi tak berani nak beli. Takut sakit perut sebab tak
biasa.
|
 |
Jalan
masuk ke Pasar Baru.
|
Kat
pasar baru ni jenguk-jenguk gitu je sebab dah banyak beli kain pasang
kat Taman Kopo hari sebelum tu. Kebanyakan orang Malaysia akan bercerita
tentang Pasar Baru, itu yang membuatkan kami rasa nak pergi. Lot-lot
kedai teramat la banyaknya. Kalau berkenan terus beli je, sebab kalau
nak cari balik memang tak jumpa. Kami bernasib baik sebab Hayuka Bandung
ada menyediakan supir khusus untuk Pasar Baru. Kami follow je la.
Nak cuba masakan Sunda, supir terus rekomen kan restoran ni. Tempatnya agak eksklusif.
Rasa-rasanya
orang-orang Bandung yang berduit sahaja datang restoran ni, pada agakan
saya la. Sebab menunya agak mahal. Dan sepanjang kami di sini, supir
mesti bawa kami ke restoran yang agak ekslusif. Mungkin dia pun tak
berani nak bawa kami ke warung biasa, sebab dah banyak kali dengar
cerita orang Malaysia sakit perut selepas makan di warung tepi jalan di
Bandung. Mungkin tak biasa ataupun jenis perut 'manja'. Dan
cerita-cerita sebegini membuatkan kami pun cuak nak makan makanan jajaan
tepi jalan.
Paling anehnya, selama di Bandung tak pernah pula kami jumpa sirap bandung dan mee bandung.
 |
Makanan yang kami order. Semua ni harganya lebih kurang Rp300,000.
Agak mahal pada saya.
|
 |
Ikan Gurame |
Kalau kat restoran eksklusif mesti ada ikan ni. Kalau kat
sini mungkin sama level dengan ikan patin Temerloh kot. Sebab seekor
harganya Rp80,000 ( Lebih kurang RM24 ) . Bersamaan dengan gaji sehari pekerja supermarket di
Bandung. Saya order ikan ni sebab nak tahu apa kehebatannya sehingga menjadi sebutan di sini.
Bagi saya rasanya lebih kurang macam ikan Talapia je, kalau mengikut selera tekak saya la. Lain orang lain selera.
Menurut
supir, nama lain ikan ini ialah ikan kaloi. Serta merta teringatkan
cerita 'Bawang putih bawang merah'. Bukan ke emak bawang merah kena
tolak ke dalam perigi lepas tu jadi ikan kaloi ke?
Kartika
Sari. Pengeluar kuih yang tersohor di Bandung. Macam-macam kek dan
brownies ada di jual. Boleh beli sebagai ole-ole dari Bandung.
Kalau mengikut info dari kotak, kebanyakan kek-kek ni akan expired dalam masa 3 hari. Tapi selepas 3 hari tengok okay je lagi.
Shopping lagi, menghabiskan Rupiah yang tersisa.
 |
Donna
Tello. Kasut dan handbag.
|
 |
Kebanyakan
factory outlet di sini berkongsepkan taman.
|
Tak
tahu nak makan apa, so beli la KFC. Tapi KFC di Bandung agak berbeza
dengan Malaysia. Ayam goreng di hidangkan dengan nasi. Tak ada fun
fries, roti, coleslaw, whipped potato ataupun potato wedges. Ayam dan
nasi semata-mata. Lagi lucu untuk side order ada 'begedil'. Memang KFC
citarasa authentic Indonesia.
Hari keempat
Hari ini hari last kami di Bandung. Sekejap je rasa. Tak puas lagi pusing kota Bandung.
Hasil tangkapan selama 4 hari 3 malam di Bandung. Datangnya satu beg besar, satu beg kecik. Pulangnya tengok aje la.
 |
Bergambar kenangan di lobi hotel. Sebelum check-out |
On the way ke airport sempat lagi singgah di Yogya. Kalau kat Malaysia lebih kurang macam Parkson.
Sepanjang perjalanan menuju ke airport.
 |
Penjaja memulakan perniagaan dengan gerai kecil mereka. |
 |
Deretan
beca menunggu penumpang.
|
Masa untuk pulang ke Malaysia. Selamat tinggal Bandung. Ada rezeki datang lagi. Insya Allah.
Tips-tips untuk mereka yang baru first time nak ke sana:
- Pastikan passport anda masih sah sekurang-kurangnya enam bulan pada masa tarikh berlepas.
-Tukar
Rupiah kat Malaysia siap-siap. Lagi murah. Masa saya pergi, kalau 1
juta Rupiah, kat Malaysia dalam RM280, tapi kat Bandung RM286.
-Rajin-rajin
la survey website Air Asia. Sebab harga tambangnya tak menentu. Pernah
sekali tu tambang ke Bandung semurah RM74.00 sehala. Satu hari tu je la.
Besoknya harga normal balik.
-Untuk menjimatkan masa, seeloknya ambik flight se awal pagi. Sampai sana terus shopping.
-Masa
dalam flight, crew akan bagi pas lawatan untuk diisi. Isi borang tu
selengkapnya, keratan borang tu akan di serahkan pada imegresen di
Airport Bandung. Keratan yang satu lagi akan diberikan kembali pada
kita. Simpan elok-elok keratan tu sebab ia akan di minta masa nak balik
Malaysia nanti.
-Kalau
ada bajet lebih, upah la supir. Lagi senang. Dia orang biasanya tahu kat
mana tempat paling murah. Bagitau aje nak cari apa, dia orang akan
bawak. Biasanya mereka guna Toyota Avanza. Banyak-banyak yang saya
survey rasanya Hayuka Bandung paling berpatutan. Servisnya pun sangat
bagus. Untuk booking, boleh mesej melalui facebook, cepat je dia orang
balas, Insya Allah.
-Beli la sim card sana satu. Senang untuk berhubung. Murah je. Dalam Rp15000. Itupun tak habis pakai.
- Untuk peminat jeans, kat Toko Tiga memang original. Tapi kalau kat factory outlet, tiruan gred A. Jangan keliru.
-Semasa
di sana, akan sentiasa ada penjaja mengekori anda. Kalau pandai
tawar-menawar boleh dapat murah. Contohnya key chain, dua palet setiap
satu ada 13 biji. So 26 biji dalam RM10 je. Kalau tak berminat, beritahu
elok-elok. Jangan marah dia orang. Dia orang hanya cari rezeki.
-Jaga adat. Kita kat tempat orang. Tahu-tahu je la, Indonesia penuh dengan ilmu mistik.
-Jangan kedekut bagi tip. Ataupun kalau beli barang daripada penjaja, baki Rp10,000 tu halalkan la aje. Kira sedekah. Sebab kebanyakan dia orang dari golongan orang susah. Rp 10,000 ( lebih kurang RM3) mungkin kecik bagi kita, tapi bagi dia orang besar nilainya. Dah lepas makan tengahari di warung tepi jalan.
Sebelum
saya pergi ke Bandung, macam-macam fikir. Dalam fikiran saya, orang
Indonesia mesti tak suka orang Malaysia. Tengok saja la masa perlawanan
bola.
Tapi bila sampai sana, semua andaian itu lenyap. Orang
Bandung sangat baik dan peramah. Mereka sangat menghormati tetamu.
Selagi kita menjaga adat dan tingkah laku, Insya Allah semua selamat.