Assalamualaikum,
Ikan darat?? Bunyinya agak pelik, Tapi itulah istilah untuk ikan air tawar bagi orang sebelah Pantai Timur. Saya tidak pasti dari mana datangnya istilah ini.
Saya seorang penggemar ikan darat. Orang kampung macam saya, agak janggal kalau tidak menyukainya. Kontranya, isteri saya langsung tidak menyukai ikan darat. Mendengarnya sahaja sudah cukup untuk membuat tekaknya mual. Jauh sekali untuk merasainya. Tidak pelik kerana ibu mertua saya juga tidak menyukainya. Walaupun ayah mertua tiada masalah dengan ikan darat.
Saya sangat biasa berulang-alik antara Paka dan Kota Bharu kerana urusan kerja. Dan ditengah-tengah perjalanan ada sebuah warung makan yang khusus menyediakan menu ikan darat. Jika dari Terengganu, warungnya terletak selepas bandar Jerteh. Sebelah kiri sebaik sahaja melintasi sempadan negeri Terengganu / Kelantan.
![]() |
Harganya memang berpatutan. Semua ni RM30++ |
![]() |
Ikan Haruan gulai lemak. |
![]() |
Pencuci mulut. Tapai pulut. |