Assalamualaikum w.b.t,
Bila sebut Akok, saya mesti teringatkan Mak Long. Isteri kepada Pak Long sebelah mak saya. Dan rumahnya terletak bertentangan dengan rumah ibu saya. Bagi saya, Mak Long adalah pakar kuih tradisional. Sebut apa saja kuih tradisional, Mak Long berkebolehan membuatnya, dan rasanya sangat unik.
Akok sangat signifikan dengan Mak Long. Saya membesar dengan aroma akok Mak Long. Kerana setiap pagi/petang, Mak Long akan membakar akok, dan aromanya di bawa angin ke rumah saya.
Kini Mak Long sudah bersara kerana faktor usia. Dan anak-anaknya tidak ada yang meneruskan legasinya. Rasa dan aroma akok Mak Long tinggal kenangan.
Saya sukakan akok. Sudah banyak gerai yang menjual akok saya kunjungi, tetapi masih tidak berjumpa dengan akok yang sama atau seiras rasa akok Mak Long.
Sehinggalah saya menetap di Paka. Di tepi jalan-jalan di sekitar Paka, memang terdapat beberapa gerai menjual akok. Tetapi gerai yang satu ini menjual akok yang sangat enak. Pertama kali saya merasainya, Subhanallah!! Inilah akok yang saya cari selama ini. Rasanya sekilas mengingatkan saya pada Mak Long. Lemaknya, manisnya, memang sempurna. Inilah The best Akok in Paka. Dan paling best yang pernah saya jumpa.
![]() |
Akok |
![]() |
Akok nisang |
![]() |
Kuih bakar |
Lokasi klik di sini.
GPS koordinat: 4.652851, 103.420015
Waktu operasi: 08.30 pagi - kehabisan stok. ( Boleh call dulu untuk tempahan. Insya Allah, abang ni akan simpankan )