Monday, 9 October 2017

Cerita tentang Angsi, Datuk, Pelita dan BBQ.

Assalamualaikum W.B.T,

Kami bukan lah kaki hiking sebenarnya. Bukannya kaki panjat gunung yang tegar. Bukan juga kaki ekspedisi yang meredah hutan belantara di sana sini. Tetapi kerana keinginan yang kuat untuk mencuba sesuatu yang baru, maka idea ini pun tercetus. "Ekspedisi panjat gunung Angsi".
Idea ini sebenarnya secara spontan, ( dan memang selalunya spontan) antara ahli-ahli group whatsapp. 

Gunung Angsi terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, dengan ketinggian 825 meter. Kami memilih gunung ini setelah ia dicadangkan oleh ahli group yang sememangnya menetap di N. Sembilan. Setelah perancangan demi perancangan, sesuatu di luar jangkaan pula berlaku beberapa hari sahaja sebelum program. 'GUNUNG ANGSI DITUTUP"!!! Ada program sambutan kemerdekaan. Lokasi terpaksa di tukar. Sebagai alternatifnya , kami memilih Gunung Datuk. Secara automatiknya, ia menjadi "Ekspedisi Gunung Datuk". Cancel? Tidak sesekali, kerana masing-masing sudah teruja. Program di teruskan walaupun ada diantara kami "allergic" dengan nama Gunung Datuk, pada mulanya. 






Kami mengaturkan pertemuan di rumah salah seorang ahli group, di Felda Bukit Rokan Barat. Perjalanan dari Paka akan melalui Bandar Muadzam Shah, Bandar Seri Jempol dan Bahau. Sejujurnya saya tidak pernah sampai di sini. 



Masjid Felda Bukit Rokan Barat
Ini lah rumah salah seorang ahli group, saudara Mafa. Rumahnya sangat unik, terletak di atas bukit, dan mungkin ini satu-satunya rumah seperti ini di kawasan ini. 
Alhamdulillah, kami dijamu dengan makan tengahari yang sangat lazat. 


Kami menuju ke pekan Bahau untuk penginapan, dan hotel Aurora ini adalah pilihan yang terbaik. Cukup lah untuk keperluan kami sebagai tempat istirehat sementara. 





Tidak ada apa-apa aktiviti malam yang boleh kami explore di pekan Bahau ini. Sekadar pusing-pusing dan singgah di kedai Top Bundle. Intai-intai kasut hiking bundle, sangat murah tapi sayang tidak ada size yang sesuai. Kebanyakannya size 5-6. 



Awal pagi besoknya, seawal jam 5 pagi, kami sudah bergerak ke rumah sahabat kami, Mafa, sebelum menuju ke kaki gunung Datuk. Masing-masing dengan semangat membara, ingin menakluki puncak gunung Datuk. Sebahagian ahli group menunggu di kaki gunung.





Cuaca pada pagi ini sangat tenang. Oleh kerana ini adalah hari berkerja, tidak ramai pengunjung yang berkunjung ke sini. Kami di sambut oleh sekumpulan kucing liar, atau mungkin di buang orang.  






Bahar, peminat kucing tegar agaknya. 




Dengan semangat waja seperti mahu berperang lagaknya, kami meneruskan pendakian. Aksi kami seperti para atlit yang akan memulakan perlumbaan. Langkah di atur dengan bersemangat, doa dan harapan mengiringi kami. 




Di permulaan pendakian, ada pondok renjer, dan sepatutnya para pendaki di kehendaki mendaftar nama di sini. Tapi masih tutup. Kami meneruskan langkah, selepas meminta pandangan dari pendaki lain yang sudah biasa kesini. Turun nanti boleh daftar. 




Trek ke puncak Gunung Datuk agak curam dan berbatu-batu. 15 minit selepas memulakan pendakian, bunga-bunga pancit mula kelihatan. Peluh jantan mula keluar. Nampak macam ada yang akan tewas. 


Dan memang telahan kami betul, Suhaimi, salah seorang ahli group tewas. Terpaksa berhenti seketika sebab mata dah nampak berbintang. Atas kerelaan beliau, kami meneruskan pendakian tanpa beliau. Suhaimi terpaksa rehat seketika dengan di temani oleh Bahar. Kami meninggalkan Suhaimi di pertengahan pendakian dengan berat hati, walau pun begitu jauh di sudut hati, kami berharap akan berjumpa di puncak nanti. 


Ubai, paling win dari segi posing. 

Mafa ( dibelakang Abu ). Macam ada tanda-tanda akan tewas. 



Seorang lagi pendaki tewas. Bukan tewas sebenarnya, tetapi Mafa terpaksa memperlahankan rentaknya kerana pancit padahal dia lah yang paling bersemangat sebelum pendakian. Saya terpaksa meninggalkan Mafa di belakang dan meneruskan pendakian dengan kata-kata semangat, " Jumpa di atas, undur tidak akan sesekali"


Alhamdulillah, kami semua sampai di puncak juga akhirnya. Abu, Fahmi, Ubai, Nash telah sampai dahulu di puncak. Diikuti saya, Mafa, Suhaimi dan Bahar. ( Bahar temankan Suhaimi, dia mampu sampai awal sebenarnya. Semangat setiakawan yang sangat tinggi ). Suhaimi paling di kagumi kerana semangat wajanya, walaupun pancit dan hampir berputus asa pada mulanya, tetapi tetap gagahkan jua untuk ke puncak



Kami berposing ketika di puncak dalam keadaan tergesa-gesa kerana cuaca kelihatan seperti mahu hujan. Keadaan diatas sangat damai dan nyaman, sukar di gambarkan dengan luahan kata-kata. Untuk ke puncak batu ini, perlu menaiki tangga yang di ikat dengan tali. Agak gayat juga. 







Tangga menuju puncak yang paling atas. Kami tak naik sebab hujan mula renyai-renyai. 







Hujan turun dengan selebat-lebatnya menemani kami selepas itu. Kami bergambar dalam hujan. Kamera dan handphone terpaksa di simpan, mujur ada Go-Pro Fahmi menyelamatkan keadaan. 



Gambar ini paling nostalgik. 
Kami turun dalam keadaan hujan yang teramatlah lebatnya. Laluan trek penuh dengan air yang mengalir turun meyebabkan keadaan menjadi basah dan licin. Kasut jogging yang di pakai saya tidak cukup untuk mencengkan permukaan tanah. Beberapa kali tegelincir. Nampaknya lepas ni kena cari kasut hiking. Kami sampai di kaki gunung Datuk keadaan basah kuyup, namun begitu wajah masing-masing puas. 
Dalam keadaan sejuk, letih,lapar, kami mengambil keputusan yang tepat dengan menuju ke Restoren Nasi Kandar Pelita di Seremban Getaway. Dan kami semua menikmati makanan dengan khusyuk. 



Jika di tanya tentang menu restoren, kami tanpa ragu-ragu akan menjawab inilah nasi kandar yang paling best. Tetapi oleh kerana ketika ini tengah lapar, maka jawapan kami boleh di pertikaikan. Secara peribadi, tidak ada bezanya dengan restoren nasi kandar lain di KL. ( Sebab saya pernah tinggal di Penang, dan biasa makan nasi kandar di Penang yang sangat kuat ke 'ganjaannya'. )
Lepas makan, balik hotel dan semuanya 'terkorban' kerana keletihan dan kekenyangan. 



Malamnya buat BBQ di rumah Mafa. Ini adalah acara sampingan yang di cetuskan ideanya oleh Ubai. Dia adalah orang yang berkali-kali mengingatkan tentang BBQ, dan setiap kali kami mengimbau kisah BBQ ini, ada cerita lucu di sebaliknya. Cerita tentang Nasi Kerabu dan Rempah. Suhaimi dan Bahar tidak ikut serta kerana ada urusan lain. 




Sessi post mortem. 

Berfoto sebelum beredar dari rumah Mafa. 


Pagi esok bersarapan di pekan Bahau sebelum bertolak pulang. Orang Bahau bersarapan sama seperti orang Pantai Timur juga. Ada nasi berlauk di waktu pagi. 






Selepas bersarapan masing-masing bertolak pulang. Cerita tentang Angsi, Datuk, Pelita dan BBQ sangat berbekas di dalam memori kami. Memori yang terukir di dalam lipatan sejarah hidup kami. Ia mengajar kami tentang harga persahabatan yang tidak ternilaikan. Apabila kami mengimbau kembali kisah ini, ia begitu mencuit hati. Dan kisah ini tidak akan lekang dari ingatan kami sampai bila-bila.