Assalamualaikum W.B.T
Bila sebut pasal Aceh, ramai yang terbayangkan tentang Tsunami. Bencana yang melanda pada 26 Disember 2004, telah mengorbankan lebih 170,000 nyawa dan 500,000 orang hilang tempat tinggal.Tidak dapat dibayangkan betapa dasyatnya bencana itu. Walaupun begitu, ada hikmah di sebalik kejadian. Kerana Tsunami itu lah, Aceh tersenarai sebagai salah satu daerah di Indonesia yang paling ramai dikunjungi oleh rakyat Malaysia selain Bandung, Medan dan Bali.
Alhamdulillah, kami sekeluarga di berikan rezeki untuk menjejakkan kaki ke Banda Aceh pada 30 November hingga 3 Disember 2016. Kami ingin menyaksikan sendiri kesan Tsunami, atau lebih tepatnya tanda kebesaran IIahi.
Kami berlepas ke Aceh awal pagi. Penerbangan seawal 07.55 pagi dan sampai di Banda Aceh pada pukul 08.20 pagi waktu tempatan. ( Waktu Aceh lewat sejam dari Malaysia ). Kami di sambut oleh Saudara Iqbal, tourist guide yang kami booking semasa kami di Malaysia lagi. Iqbal berkhidmat dengan Riyal Aceh Tour dan boleh di hubungi di sini. Atau di nombor +62811685922 ( En. Safriyal ). Insya Allah harganya berpatutan dan khidmatnya memang memuaskan.
HARI KEEMPAT
Perjalanan dari airport ke pusat bandar Aceh. |
Destinasi pertama kami adalah Kuburan Massal Siron. Kuburan Massal adalah tempat perkebumian mangsa Tsunami secara beramai-ramai. Memandangkan ketika ini darurat, jenazah-jenazah di kebumikan begitu saja, tiga lapisan semuanya. Di kuburan ini seramai 46,718 jasad di kebumikan dikawasan seluas 2 hektar. Bayangkanlah.
Kami meneruskan program kami ke Muzium Tsunami. Muzium ini di bina bagi mengenang kembali betapa dasyatnya tragedi Tsunami dan mempamerkan tinggalan-tinggalan Tsunami.
Helikopter yang musnah di pukul Tsunami. |
Pada pintu masuk muzium ini, pengunjung akan melalui lorong yang dimainkan bunyi-bunyian rakaman semasa berlakunya tragedi Tsunami. Di hujung lorong ini ada satu cerobong yang mencatatkan nama-nama mangsa korban.
Detik berlakunya Tsunami. Pukul 08.16 pagi. |
Kebanyakan barang-barang di sini adalah peninggalan kesan Tsunami. Ada beberapa barang hasil sumbangan orang ramai. Sebahagian besar penduduk di sini pada hari ini adalah mangsa hidup Tsunami.
Kami menikmati hidangan tengahari dengan menu "ayam lepas". Pada mulanya kami ingin pergi ke restoren hidangan ayam pramugari yang terkenal itu. Tetapi nampaknya Iqbal seperti kurang pengetahuan tentang tempat itu, jadi sebagai alternatifnya, kami ke "ayam lepas".
Ayam lepas adalah ayam yang di goreng garing, di hidangkan dengan nasi dan sambal. Simple tapi boleh tahan rasanya. Mungkin sebab tengah lapar.
Menu ayam lepas. Lebih kurang RM6 untuk satu hidangan. Okay la. |
Ayam lepas bersama teh botol. Teh ni memang sangat terkenal di seluruh Indonesia. |
Kami menginap di Hotel Rumoh PMI. PMI tu sebenarnya singkatan daripada Persatuan Palang Merah Indonesia. Dan sememangnya hotel ini di uruskan oleh palang merah. Hotelnya sederhana tapi cukup selesa bagi kami 4 beranak.
Petang itu kami melawat " Bot di atas rumah" yang terletak di daerah Lampulo. Pada masa tsunami, bot ini telah menyelamatkan 59 orang. Bot ini telah di bawa arus dan tersangkut di atas bumbung rumah salah seorang penduduk. Menurut ceritanya, pada masa kejadian, ketika keadaan begitu huru hara, penduduk bertempiaran lari dan berlindung di rumah ini. Ketika itu, dengan kuasa Allah, bot ini datang membelah arus dan tersangkut di atas bumbung. Penduduk-penduduk tadi menyelamatkan diri dengan menaiki bot tersebut. Diizinkan Allah, ada setandan kelapa hanyut ke arah bot tersebut, dan mereka gunakan kelapa itu buat mengalas perut sebelum bantuan tiba. Itu lah cerita yang di ulang-ulang oleh Ibu Bundiya, mangsa tsunami yang merupakan salah seorang penumpang bot tersebut. Ibu Bundiya sekarang menjadi sukarelawan yang akan menceritakan kisah tsunami kepada pelancong yang berkunjung tiba.
Di bahagian bawah rumah, tercatat nama mangsa-mangsa tsunami. Ada diantaranya hilang begitu saja, tanpa di ketemui sehingga ke hari ini.
Bersama Ibu Bundiya. Cerita tentang tsunami masih segar dalam ingatannya. |
Ibu Bundiya menceritakan kisah tsunami kepada pelancong. |
Kami berkunjung ke destinasi seterusnya, maka Syiah Kuala. ( Syiah di baca dengan sebutan "Syah". Tengku Syiah Kuala adalah gelaran bagi ulama besar Aceh yang meninggal sekitar tahun 1696 pada usia 105 tahun. Nama sebenarnya ialah Syech Abdulrrauf bin Ali Alfansuri. Makam ini menjadi tarikan pengunjung kerana menurut cerita penduduk setempat, ketika tsunami, makam ini tidak rosak sedikitpun. Di ceritakan, ketika ombak besar melanda menghampiri makam ini, ia membelah tanpa mengena makam ini.
Barangkali ramai yang tidak megetahui, Aceh juga terkenal kerana kopinya. Warkop ( warung kopi ), ada di mana-mana. Kopinya memang marvellous. Rasa dan aromanya boleh menyebabkan ketagih. Kami singgah di Dapur Kopi, antara kedai kopi yang terkenal di Aceh.
Kuih-muih Indonesia tidak banyak bezanya dengan kuih di Malaysia, cuma penggilannya berbeza. Kebanyakan kuih muih di sini agak manis.
Malamnya selepas Maghrib, kami lunch nasi padang. Dan biasalah, tradisi nasi padang, lauk akan dihidangkan banyak-banyak, bayar lauk yang kita makan sahaja. Rasanya tidak banyak bezanya dengan nasi padang di Bandung. Cuma yang rasa perasan, kebanyakan lauknya jenis kering atau kuah berlemak.
HARI KEDUA
PLTD Apung 1 adalah kapal generator elektrik, yang pada hari ini, menjadi tarikan pelancong. Kapal ini pada asalnya berlabuh di pelabuhan Ulee Lheue. Tsunami telah menyeret kapal seberat 2600 tan ini, sejauh 5 kilometer dari pantai. Dan pada hari ini, kapal ini telah di ubahsuai menjadi muzium. Menurut Iqbal, dipercayai dibawah perut kapal ini masih ada mayat, kerana ketika kapal ini di seret, ia turut menghentam rumah bersama mayat dibawahnya. Melihat besarnya kapal ini, memang mustahil untuk mengalih mayat di bawahnya.
Bahagia dalamnya telah di ubahsuai menjadi muzium. Enjin dan komponennya telah di keluarkan, dan di gantikan dengan bahan pameran. Diberitakan, semua kelima-lima krew kapal ini telah terkorban.
Permandangan dari atas PLTD Apung 1. |
Zakir Warkop, satu lagi kedai kopi yang popular di Aceh. |
Destinasi kami seterusnya ialah rumah Cut Nyak Dien (1848-1908). Cut Nyak Dien merupakan Pahlawan Nasional Indonesia dari Aceh yang berjuang melawan Belanda ketika perang Aceh.
Potret Cut Nyak Dien |
Kami meneruskan lawatan ke Masjid Rahmatullah yang terletak di Lampuuk. Masjid ini adalah satu-satunya bangunan yang terselamat, ketika rumah-rumah di sekitarnya hancur di pukul Tsunami. Kesan-kesan runtuhan masih lagi kelihatan. Kos baik pulih masjid ini di biayai oleh kerajaan Turki. Kami sempat berjemaah Zohor di sini.
Bahagian runtuhan ini sengaja di biarkan, sebagai peringatan tragedi itu. |
Kiblatnya agak senget dari asal. Mungkin setelah d ukur semula. |
Kami makan tengahari di rumah makan Syiah Kuala. Dan seperti biasa, lauk-pauk akan di hidangkan banyak-banyak. Bayar apa yang kita makan sahaja, usik pun akan di kira. Murah? Tidak juga, sebab harganya lebih kurang di Malaysia. RM60-RM70 untuk kami seleuarga 3 dewasa termasuk Iqbal dan 2 kanak-kanak. Kami tidak pasti sama ada memang itu harganya ataupun itu adalah harga pelancong, kerana rasanya tak ada lah banyak mana lauk yang kami ambil.
Semua ni dalam RM60-RM70 termasuk minuman. |
Rumoh Aceh ini terletak di dalam kawasan muzium. Ia adalah model rumah tradisional Aceh. Seperti lazimnya, ia mempamerkan barang-barang dan cara hidup orang Aceh.
Segala kebudayaan Aceh di pamerkan di sini. Sama seperti muzium-muzium lainnya.
Ejaan Aceh dalam berbagai-bagai versi. Yang terkini adalah 'ACEH'. |
Aceh memang terkenal dengan kopi. Kedai kopi de TAMBO ini terletak berdekatan dengan hotel kami. Tempat ini menjadi tempat favourite kami sekeluarga lepak-lepak. Dan kopi di sini sangat murah. Dengan harga serendah RM3 kita boleh menikmati kopi yang bercorak bunga-bunga ala-ala Starbucks gitu. Mana lagi nak cari Espresso, Latte, Mocha, Cappuccino, Macchiato semurah itu.
Seelah malamnya, sebelum lunch kami ke gedung Matahari. Gedung ni agak popular di Indonesia. Kalau kat sini seperti Parkson agaknya.
Kedai Mie Razali ini mendapat review yang baik di dalam blog-blog. Kebanyakan pengunjung akan mengisytiharkan kedai ini sebagai kedai mee terbaik di Aceh. Presiden Jokowi pun pernah berkunjung ke kedai ini. Pada saya, boleh la. Lain orang lain seleranya.
HARI KETIGA
Kami ke pasar Aceh pada hari ketiga. Pada mulanya bercadang membeli sesuatu untuk di bawa pulang. Tapi barang-barangnya agak biasa bagi kami. Dan tidak semurah seperti yang kami sangkakan. Mungkin kerana ketika kami pergi, nilai RM agak merudum. Sekaligus menjadikan kadar tukaran agak kepada rupiah agak tinggi.
Kami langsung ke Peunayong. Di sepanjang jalan di sini terdapat deretan kedai menjual berbagai-bagai sourvenir. Sebut apa sahaja barang sourvenir, pasti ada disini.
Ini adalah Iqbal, supir yang bawa kami jalan-jalan. Orangnya sangat baik. Iqbal adalah salah seorang saksi yang menyaksikan sendiri dasyatnya Tsunami. Ketika itu dia berkerja di Pasar Aceh. Pada hari tragedi, terdengar letupan diikuti gelombang yang ganas. Keadaannya seperti kiamat, semua orang bertempiaran lari dari ombak, tiada siapa tahu apa yang berlaku, kerana cuaca pada hari itu baik. Mungkin itu adalah gambaran kiamat yang Allah mahu tunjukkan pada kita. Selepas keadaan reda, Iqbal menyaksikan sendiri timbunan mayat yang berlapis-lapis, keadaannya tak ubah seperti keadaan selepas di bom nuklear.
Kerana jatuh cinta dengan kopinya, saya ada membeli serbuk kopi Aceh untuk di bawa pulang. Tetapi rasanya amat mengecewakan, tidak sama langsung dengan kopi yang saya minum di warkop. Kopi yang di packing rasanya hambar, aromanya kurang, lebih sedap kopi di Malaysia lagi rasanya. Nasib baik tak beli banyak.
Kuih tradisional Aceh. |
Kopi lagi. |
Aceh adalah satu daerah yang sangat kuat Islamnya. Di mana-mana kelihatan masjid berdiri megah. Kami singgah di Masjid Agung Al Makmur untuk solat Jumaat. Masjid ini juga di kenali juga sebagai masjid Oman, kerana proses baik pulihnya di biayai oleh kerajaan Oman. Rekabentuknya mempunyai pengaruh kuat senibina dari Timur Tengah.
Selesai solat Jumaat, Iqbal memberitahu masjid itu sebenarnya masjid aliran Muhammadiah. Sebab itu imam tidak membaca doa seusai solat. Cara dia beritahu seperti ada rasa bersalah kerana membawa ke masjid itu. Itu bukan menjadi masalah besar bagi saya rasanya.
Alhamdulillah, akhirnya kami berjumpa juga ayam pramugari yang digembar gemburkan itu setelah Iqbal merujuk pada kawannya. Kedai makan ini terletak berhampiran airport. Menurut Iqbal, kedai ini biasanya di kunjungi oleh pramugari-pramugari. Dari situ ia mendapat nama ayam pramugari. Dan di Aceh, mereka lebih suka ayam kampung. Seingat saya di Bandung pun begitu. Jarang sekali mereka gunakan ayam suntik. (panggilan untuk ayam bandar). Ayam pramugari juga dikenali sebagai ayam sampah. Mungkin kerana banyak daun-daun yang di tabur. Keenakan ayam ini mendorong kami untuk cuba resepi ini ketika pulang ke Malaysia.
Petang itu kami ke pantai Ulee Lheue ( dibaca ulele). Pantai Ulee Lheue merupakan kawasan pertama yang dihempas Tsunami. Di sini juga terletaknya jeti ke Pulau Sabang. Kami tak ambil pakej ke pulau, sebab rasanya pulau di Terengganu lagi menarik.
Malamnya kami lunch di restoren nasi goreng Daus. Bersebelahan dengan kedai mie Razali. Tak banyak bezanya dengan nasi goreng kita, cuma banyak pilihan lauk.
HARI KEEMPAT
Akhirnya tiba masa untuk pulang ke Malaysia. Awal-awal pagi kami dah check-out . Alhamdulillah, pihak hotel ada menyediakan transport ke bandara ( panggilan untuk airport di Aceh). Breakfast di airport. Dah namanya airport, harganya agak mahal, walaupun airport Aceh ni kecil je.
Walaupun Tsunami meninggalkan seribu kesan kepada penduduk Aceh, tetapi ia juga memberikan seribu rahmat. Dahulunya Aceh kurang di kenali sebagai kawasan pelancongan, tidak ramai pengunjung yang ke sini. Tetapi selepas Tsunami, jumlah pelancong begitu mendadak. Kami cukup kagum dengan ketabahan penduduknya menghadapi pasca Tsunami. Walaupun timbulnya berbagai teori tentang Tsunami Aceh, hanya Allah yang maha mengetahui rahsia di sebaliknya. Selamat tinggal Aceh, ada rezeki sampai lagi.