Semasa saya masih bersekolah, saya selalu memasang impian ingin ke negeri 'orang putih'. Ketika di sekolah sains, ramai kawan-kawan yang 'fly' ke oversea untuk menyambung pelajaran sebaik sahaja keluar keputusan SPM. Saya bukanlah tergolong dikalangan orang-orang yang pandai, impian ingin ke negeri 'orang putih' hanyalah tinggal angan-angan. Atau lebih tepatnya angan-angan kosong.
Subhanallah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar. Walaupun ia hanya lah sekadar angan-angan, tetapi angan-angan itu telah di tukarkan oleh Allah menjadi kenyataan. Dan Alhamdulillah, kami sekeluarga diizinkanNya menjejakkan kaki ke bumi Perth, bumi yang di diami oleh orang-orang putih.' Kami pergi pada 16 Mac - 21 Mac 2017.
Macam biasa, park kereta di Putrajaya Sentral, ambil train ke KLIA2. |
Australia memerlukan pengunjung dari Malaysia untuk memohon visa sebelum dibenarkan masuk ke negara mereka. Kami memohon visa melalui bantuan Mr. Joe, agent yang berkerja dengan Aries Car Rental, syarikat yang meyediakan khidmat sewa kereta di Perth. Mr. Joe adalah agent di Malaysia dan boleh di hubungi di nombor 012-2805540.
Air Asia, pilihan terbaik sebab murah. |
![]() |
Budak dua orang ni paling excited. |
HARI PERTAMA
Kami berlepas pukul 10.15 pagi dan sampai di bumi Perth pada pukul 3.45 petang. Waktu Perth adalah sama dengan waktu Malaysia. Sampai sahaja di Perth, simcard ada lah benda yang mula-mula kami cari. Kami memilih Optus, yang berharga AUD15 untuk 6 hari dengan kuota internet 500MB sehari. Ketika ini kadar tukaran 1AUD=RM3.41. Agak tinggi juga la.
Suhu maksima di Perth ketika ini 27 deg C pada waktu tengahari. Kami menggunakan kereta kereta yang di sewa dari Aries Car Rental sebagai pengangkutan utama selama kami di sana. Semua urusan visa dan kereta sewa di uruskan oleh Mr. Joe.
Hyundai Accent, kereta sewa kami. |
Selepas urusan mengambil kereta sewa, kami menuju ke masjid untuk solat asar. Waze atau google map sangat penting ketika di sini. Inilah pengalaman pertama kami memandu di luar negara. Undang-undang jalanraya di Australia sangat ketat. Had laju maksima hanyalah 70 km/j untuk jalan biasa. Highway pula 100 km/j. Tidak ada orang yang memandu laju di sini. Dan Perth adalah bandar yang sangat aman.
Kami singgah di masjid East Victoria Park. Ia lebih kepada dewan sebenarnya yang di ubah menjadi masjid. Di sebelah masjid ada Restoren Turkish Kitchen dan D'Nyonya Penang.
Seusai solat, kami pergi mencari barang-barang dapur untuk masak. Lebih save dan yang pastinya halal. Ada beberapa restoren halal di sini yang di usahakan oleh masyarakat dari timur tengah. IGA dan Coles merupakan pasaraya yang paling popular di Perth. Rangkaiannya ada di seluruh Perth. Barang-barang keperluan asas di Perth, kalau di compare dengan gaji dia orang, agak murah bagi saya. Gula hanyalah AUD0.99 per kilo, beras AUD1.99 per kilo, susu segar AUD1.99 untuk 2 liter.
Kami menyewa di Assured Waterside Serviced Apartments yang terletak di Melville Parade. Ketika kami sampai, hari dah malam. Kami dah e-mail awal-awal pada staff dia orang, dan mereka tinggalkan kunci dalam safety box. Apartment ni sangat okay. Ada satu katil queen, satu katil single dan dilengkapi sofa, dapur, microwave oven, washing machine berserta dryer. Segala peralatan memasak dan pinggan turut disediakan. Memang sangat selesa. Harga untuk 6 hari 5 malam lebih kurang RM2000 yang di booking melalui Agoda.com.
![]() |
Barang-barang dapur yang kami beli. |
![]() |
Menu hari pertama, salmon grill, telur dadar dan sayur campur, simple tapi sedap. Sebab tengah lapar kot. |
HARI KEDUA
Subuh di Perth ketika ini se awal pukul 5.00 pagi. Pukul 7.00 pagi matahari sudah terang benderang. Walaupun matahari memancar terik, suasana agak nyaman. Breakfast ala kadar je. Agenda pertama adalah Caversham Wildlife Park.
View di belakang apartment. |
Caversham Wildlife Park adalah tempat yang wajib di kunjungi. Tarikan utama semestinya kangaroo dan beruang koala, maskot utama Australia.
Ketika kami sampai, kangaroo banyak yang tidur kerana 'kekenyangan', kerana pengunjung di benarkan untuk memberi makan pada kangaroo. Yang jaga pun tak berapa nak aktif. Rasa macam kat zoo negara pun ada, kerana ramai sangat orang Malaysia yang berkunjung ke sini. Umar dan kakak paling teruja, dapat pegang kangaroo.
Bahasa Melayu, bukti ramainya orang Malaysia berkunjung ke sini. |
Demo cara-cara mengetam bulu biri-biri. |
Destinasi seterusnya, Margaret River Chocolate Company & Providore. yang terletak di Swan Valley. Ia merupakan tempat pembuatan coklat berbagai jenis dan rupa. Tetapi penting untuk bertanya pada pekerja mereka, kerana tidak semua coklatnya halal. Jangan bimbang, pekerja mereka sangat friendly, mereka akan menerangkan dengan detail, coklat yang halal dan non-halal.
Tempat ini juga terkenal dengan pembuatan chocolate liqueur, di bangunan sebelah. Tetapi kami tidak masuk tempat ini, rasanya macam tak sesuai pergi ke tempat pembuatan produk beralkohol. Pengunjung di beri peluang untuk merasanya.
Dalam perjalanan, singgah di pasaraya Coles. Cari barang mentah untuk masak. Tapi kena berhati-hati semasa membeli, kerana banyak barang yang NON-HALAL atau di ragui kehalalannya. Daging pork bersepahan. Kami hanya memilih makanan laut. Sotong, udang, ikan, InsyaAllah takde keraguan. Untuk barang lain, kerana rajin-rajin tengok kandungannya.
Kadang-kadang terlupa juga, contohnya aneka roti. Terlupa kita berada di Perth, bukan Malaysia. Di negara kita kebanyakan barang makanannya adalah halalah toyiiban.
Petang sehingga malam hanya aktiviti rehat di bilik. Shopping mall dan kedai-kedai di Perth di tutup seawal pukul 5.00 petang. Malam memang sunyi. Rasa janggal pun ada.
HARI KETIGA
Fremantle adalah sebuah bandar pelabuhan di Perth. Tempat ini menjadi tarikan utama pengunjung kerana pasarnya dan keenakan Fish n Chipnya. Dan tempat ini juga menjual pelbagai sourvenir. Tempat pertama yang kami singgah adalah pasarnya. Tidak banyak beza dengan pasar di tempat kita. Dan seperti biasa, di mana-mana terjumpa orang Malaysia.
Ramai yang mencadangkan kedai ini jika mahu mencari sourvenir. Megabes di miliki oleh orang Malaysia. Pekerjanya pun orang Melayu. Satu lagi kedai yang menjadi tarikan adalah Aussin. Saya tidak pasti owner nya berasal dari mana, tapi slangnya macam Indonesia gitu.
Destinasi seterusnya Kailis Fish Market Cafe. Cafe yang terkenal dengan makanan laut segar. Cafe sudah pun bermula sejak 1928. Fish n Chipsnya menjadi signature dish sejak dulu lagi.
Kami memesan tradional Fish n Chips yang terkenal itu, disamping Fish n Squid. Portionnya agak besar. Boleh di makan untuk 2 orang. Mat Salleh selamba je habiskan satu portion ni sorang-sorang. Keenakannya memang terbukti. Saya rasa kesedapannya di pengaruhi oleh environment juga. Dengan suhu yang sangat sejuk kerana hujan. Ketika ini suhunya lebih kurang 14 deg C. Di tambah lagi dengan permandangan pelabuhan yang sangat menarik.
Fish n Squid & Fish n Chips. |
Dari Fremantle kami menuju ke Rockingham. Tempat ini tiada dalam senarai kami sebenarnya, hanya sekadar pusing-pusing tengok tempat orang. Singgah di pantainya, ambil angin.
Sambil kami pusing-pusing, terjumpa masjid Ar-Rukun. Singgah solat terus. Kebanyakan masjid di Perth di kunci atas faktor keselamatan. Kita kena maklumkan pada pegawai yang bertugas.
Orang cakap pinggan mangkuk jenama Corelle kat sini murah. Orang perempuan biasanya yang alert pasal ni. Antara pasaraya yang menjadi tumpuan kerana kemurahan Corelle nya ialah Big W. Kami menuju ke pasaraya Big W yang terletak di Belmont. Ada banyak rangkaian Big W di Perth, Belmont yang paling dekat dengan kediaman kami.
Saya tidak pasti harga Corelle di Malaysia, tetapi menurut wife saya, harga di sini lebih kurang separuh dari harga di Malaysia. Corak kosong AUD59, yang corak berbunga AUD89. Ketika kami pergi, kadar tukaran AUD1=RM3.41. Kat sini, jenama Corelle biasa-biasa je bagi di orang. Pasaraya dia orang ada kaunter self service. Bayar pakai kredit/debit card. Malaysia belum lagi boleh sampai ke tahap itu.
Malamnya kami ke Elizabeth Quay, memandangkan ini je lah tempat untuk santai pada malam hari. Tempat ini lebih merupakan tempat riadah bagi warga Perth selepas seharian berkerja. Ada banyak pub. Kami sekadar ronda-ronda ambil angin.
Arca di belakang tu di panggil Spanda. |
HARI KEEMPAT
Watertown Brand Outlet Centre lebih kurang seperti Johor Premium Outlet. Ada banyak lot-lot kedai yang menjual barang berjenama dengan harga yang berpatutan. Tapi setelah di convert ke RM, rasanya lebih kurang je harganya di Malaysia. Tak banyak barang yang berkenan di hati.
Di sini ada beberapa kedai makanan Halal. ISPA KEBABS menjadi pilihan utama rakyat Malaysia yang berkunjung ke sini. Di usahakan oleh Turkish.
Satu lagi kedai Halal ialah Gelare. Menjual aneka aiskrim dan waffle. Mulanya agak was was, tapi bila ada orang Malaysia yang berkunjung ke sini, kami mula bertanya pada pekerjanya. Dengan confidentnya, beliau menunjukkan sijil HALAL yang terpampang di dinding.
Kami menuju ke Kings Park and Botanic Garden untuk picnic sambil lunch. Hari ini kami bawak bekal. Makan-makan sambil menikmati permandangan bandar Perth dari atas bukit. Tempat ni agak meriah dengan pelancong dan orang tempatan yang datang untuk beriadah.
HARI KELIMA
Kami ke Hay Street dan Murray Street. Di sini terdapat beberapa kedai menjual sourvenir. Walaupun harganya mahal sedikit dari Megabes, tapi barang-barangnya lebih cantik dan berkualiti. Beli beberapa helai T-Shirt bertemakan Australia. Kemudian ke Watertown sekali lagi. Tapi kali ni naik bas dari Murray Street. Perkhidmatan bas bandar Perth adalah percuma. Kami menghabiskan masa pusing-pusing di sini sehingga petang. Dan seperti biasa kedai-kedai di Perth di tutup seawal jam 5.00 petang.
Malamnya tak pergi mana-mana. Budak-budak pun dah penat. Sehari suntuk bejalan.
HARI KEENAM
Ini adalah hari terakhir kami di sini. Pagi-pagi dah keluar, menghirup udara segar Perth sebelum pulang ke Malaysia. Sebelum tu bergambar di depan apartment yang menjadi tempat kediaman kami sepanjang berada di Perth.
Polisi syarkat sewa kereta di sini, kereta yang di ambil biasanya sudah terisi penuh petrolnya. So, kita kena hantar dengan minyak yang penuh juga. Ini adalah harga petrol di Perth. Harga petrol berbeza-beza di stesyen minyak yang berlainan.
Kami ambil peluang dengan masa yang ada, singgah di Mends Street Jetty. Terletak berhampiran sahaja dengan apartment kami. Di sini terdapat perkhidmatan feri yang menuju ke Elizabeth Quay. Ambil gambar, menikmati suasana aman bandar Perth.
Oleh kerana flight kami petang, kami sempat lagi menyediakan makanan untuk lunch. Keluar dari Mends Street Jetty, kami mencari-cari tempat riadah yang berdekatan dengan airport. Hasil carian google maps, terjumpa tempat ini. Garvey Park, yang terletak di Ascot. Ketika ini hujan gerimis, menjadikan cuaca sangat sejuk. Kami menikmati bekalan di dalam kesejukan yang amat.
Garvey Park adalah taman yang terletak di pinggir Swan River. Ada kawanan itik liar di tebing sungai. Kakak dan Umar begitu seronok bagi makan itik.
Hujan masih lagi gerimis ketika kami sampai di airport. Saya hantar famili terlebih dahulu, sebelum pulangkan kereta yang kami sewa.
Menghabiskan sisa AUD yang masih lagi ada. |
Tiba masa untuk berangkat ke KL. Apa yang dapat kami rumuskan, Perth adalah sebuah bandar yang sangat aman dan damai. Penduduknya sangat friendly. Apa sahaja perkara yang kita tanya, mereka akan jawab dengan mesra. Saya masih teringat, kemesraan yang di tunjukkan oleh sales girl di kedai di Perth airport, ketika kami bertanyakan bahan kandungan didalam coklat, sama ada mengandungi ekstrak dari haiwan atau tidak. Beliau bersungguh-sungguh membaca kandungannya satu persatu. Memang begitu budaya mereka agaknya. Menghormati pelanggan dan tetamu.
Kami meninggalkan bumi Perth dengan seribu satu pengalaman dan pengajaran. Kakak paling sedih, seronok tinggal di sini katanya. Belajar lah rajin-rajin kakak, mana tau ada rezeki dapat sambung ke Perth. Selamat tinggal Perth, ada rezeki, sampai lagi di sini.
Waktu untuk pulang ke KL. Budak kecil tu sempat lagi sambar mainan satu. |
Sampai di KLIA 2, hari dah malam. Terpaksa guna uber untuk ke Putrajaya Sentral, sebab barang terlalu banyak, menyukarkan untuk ambil train.