Sunday, 11 January 2015

Jannah di hati kami...

Assalamualaikum w.b.t,

Nur = Cahaya
Raihan = Sejenis wangian di syurga
Jannah = Syurga

Nur Raihan Jannah, nama yang cukup dekat di hati kami. Dan nama itu hanya bermain di bibir kami. Kerana cerita tentang Nur Raihan Jannah hanya berlegar dalam ruang hidup kami.
Kami memanggilnya dengan nama Jannah. Panggilan yang tidak bersifat realiti, hanya panggilan di dalam doa atau igauan.
5 tahun lalu, Jannah dipinjamkan oleh Ilahi kepada kami hanya untuk sementara cuma. Dan kami hanya sempat membelainya ketika Jannah di dalam kandungan.
Ketika Jannah berusia 8 bulan di dalam kandungan, ketika papa, umi dan kakak tidak sabar menunggu kehadirannya ke dalam hidup kami, takdir Ilahi mengatasi segalanya. Jannah diambil kembali oleh Allah, meninggalkan kami sebelum sempat kami selimutkannya dengan kasih sayang. Tetapi kami redha. Bukankah sesuatu yang dipinjamkan, sampainya masanya akan dituntut kembali?
Kenapa Jannah? Bukan orang lain? Sebab Jannah adalah insan yang terpilih, yang akan menghuni syurga abadi, dan kami yakin sesungguhnya.

Jannah, walaupun papa hanya sempat memelukmu ketika tubuhmu telah layu, walaupun umi tidak berpeluang menyusuimu, walaupun kakak tidak sempat melayan keletahmu, namamu akan sentiasa melekat di hati kami. Kelak, semoga kita bertemu di syurga yang abadi dan hakiki. Amin…  







Friday, 9 January 2015

Cerita tentang jam

Assalamualaikum w.b.t

Selalu orang bertanya, apa bezanya antara jam berharga RM100 dengan RM1000. Apa bezanya antara Q&Q, Casio, Alba dengan ROLEX , TUDOR ataupun OMEGA. Ataupun paling kurang ORIS, BALL atau RADO.
Apa bezanya antara jam yang di beli di pasar malam dengan yang di beli di Butik di KLCC. Selain harganya, adakah perbezaan lain yang lebih signifikan? Mungkin peminat jam mahal akan berhujah, jam mahal lebih tahan lama, dan lasak. Saya tidak berfikir begitu. Buktinya saya pernah memiliki jam jenama Casio yang berharga RM50. Saya pakainya ketika bersukan, mandi di air terjun, ketika melakukan kerja lasak dan segalanya. Dan saya pakainya lebih 5 tahun sehingga kehabisan bateri. Jam itu masih ada sekarang dan jika ditukar bateri baru, ia masih boleh berfungsi seperti biasa.
Jawapannya tidak ada selain harganya. Fungsinya masih sama, untuk melihat waktu. Jika waktu tempatan menunjukkan pukul 6 ptg, maka secara logiknya semua jam tidak kira mahal atau murah akan menunjukkan pukul 6 ptg selagi tidak di ubah oleh pemiliknya.
Seorang sahabat pernah berkata, pemakaian barang-barang yang berjenama dan mahal akan meningkatkan keyakinan diri. Tetapi saya melihat orang yang memakai jam berharga ribuan ringgit masih tergagap-gagap ketika bercakap di depan khalayak.
Dari sisi lain, saya melihat jam lebih merupakan aksesori. Bukan lagi untuk melihat waktu. Apatah lagi untuk menjaga masa, jauh sekali. Hampir semua orang akan memakai jam tapi jarang sekali yang menjaga waktunya. Jam tidak lebih dari merupakan perhiasan semata-mata.
Tidak salah memiliki jam mahal kalau berkemampuan. Dan tidak menjadi kesalahan orang yang berkemampuan tetapi masih memakai jam murah. Mahal atau murah bukan persoalannya, apa yang lebih penting adalah menepati waktu dan menjaga masa.

Saya ada beberapa utas jam tangan, dan kebanyakannya merupakan hadiah dari orang yang tersayang. Kenapa ‘beberapa’? Bukan kah satu sudah cukup? Entah! Tidak ada jawapan yang konkrit mengenainya. Jawapan paling hampir, kerana jam adalah perhiasan. Mesti ada beberapa. Senyum sendiri…..


Jam hantaran kahwin. Usianya dah masuk 10 tahun, sama usia dengan perkahwinan kami. Harganya tak mahal tapi ada nilai sentimental di situ. 



Jam BONIA hadiah hari lahir dari permaisuri hati. 


Jam paling mahal dalam koleksi. Mahal bagi golongan marhaen macam saya. Juga hadiah dari permaisuri hati. 


Satu-satunya jam yang saya beli sendiri. TISSOT PRC 200. Bukan ori, hanyalah replika. 
Seorang sahabat yang merupakan peminat jam berjenama pernah beritahu saya, memakai jam replika seolah-olah menipu diri sendiri. Sehingga ke hari ini saya masih memikirkan maksud kata-katanya yang sangat tersirat. Dan saya senyum sendiri lagi.....



Kuantan lagi...

Assalamualaikum w.b.t,

Kuantan, bandar yang sangat familiar dengan keluarga kami. Rasanya kami lebih kerap mengunjungi Kuantan berbanding Kuala Terengganu, walaupun saya memang berasal dari Kuala Terengganu. Mungkin kerana faktor jarak rumah saya yang lebih dekat dengan Kuantan iaitu. Paka. Dan mungkin juga kerana dahulu saya bersekolah di sini.

Saya sukakan Kuantan. Kerana banyak pilihan gedung membeli-belah yang ada. Dan entah untuk yang ke berapa kali kami mengunjungi Kuantan lagi. Dan kebiasaanya kami akan bermalam 1 malam di sini.



Hotel yang selalu kami tempah. Hotel Seasons View. 

Kami selalu menginap di sini. Fasiliti okay le. Cukup untuk keperluan keluarga kami. Tapi sejak akhir-akhir ni internetnya problem. Mungkin kena cari alternatif lain agaknya.

Queen + 1 single




Bilik air okay le. 

Seumur hidup, rasanya ini la first time saya makan di makan Manhattan Fish Market. Saja nak merasa.





Spaghetti seafood. Agak pedas.



Fish 'n' Chip. Rasa boleh la tahan. 



Ini seafood soup. Dah lupa namanya. Supnya masin. 

Overall, makanannya biasa-biasa saja. Harga pun mahal. Mungkin tak kena dengan selera. Orang yang berasal dari kampung macam saya mungkin lain seleranya. Rasa-rasanya inilah kali pertama dan terakhir saya berkunjung ke restoran ni.



Pagi-pagi selepas breakfast, pergi pusing-pusing di pasar karat Taman Kerang. Berdekatan masjid besar Kuantan. Kebanyakan barang-barang second hand. Ada sesetengah barang tu tak terfikir, bahawa akan ada orang yang akan beli.














On the way balik, singgah bandar Kemaman. Lunch kat Kemaman station. Saya tak pernah perasan kopitiam ni. Ni 1st time singgah setelah di rekomenkan oleh orang rumah. Decoration dia agak menarik. Di satu sudut kelihatan satu almari yang penuh dengan segala barangan berkaitan Coca-Cola. Memang menarik.






Segala barangan berkaitan Coca-cola. Ownernya memang obses dengan Coca-Cola agaknya. 



Menu yang ada.





Mushroom sup, roti bom + kari kentang & telur separuh masak. 


Kari ayam dengan nasi putih. 



Mee tomyam
Menunya boleh tahan, harga masih lagi kategori berpatutan. Kopitiam ni antara yang boleh di rekomenkan pada orang luar yang berkunjung ke Kemaman.