Assalamualaikum w.b.t
Selalu orang bertanya,
apa bezanya antara jam berharga RM100 dengan RM1000. Apa bezanya antara
Q&Q, Casio, Alba dengan ROLEX , TUDOR ataupun OMEGA. Ataupun paling kurang
ORIS, BALL atau RADO.
Apa bezanya antara jam
yang di beli di pasar malam dengan yang di beli di Butik di KLCC. Selain
harganya, adakah perbezaan lain yang lebih signifikan? Mungkin peminat jam
mahal akan berhujah, jam mahal lebih tahan lama, dan lasak. Saya tidak berfikir
begitu. Buktinya saya pernah memiliki jam jenama Casio yang berharga RM50. Saya
pakainya ketika bersukan, mandi di air terjun, ketika melakukan kerja lasak dan
segalanya. Dan saya pakainya lebih 5 tahun sehingga kehabisan bateri. Jam itu
masih ada sekarang dan jika ditukar bateri baru, ia masih boleh berfungsi
seperti biasa.
Jawapannya tidak ada
selain harganya. Fungsinya masih sama, untuk melihat waktu. Jika waktu tempatan
menunjukkan pukul 6 ptg, maka secara logiknya semua jam tidak kira mahal atau
murah akan menunjukkan pukul 6 ptg selagi tidak di ubah oleh pemiliknya.
Seorang sahabat pernah
berkata, pemakaian barang-barang yang berjenama dan mahal akan meningkatkan
keyakinan diri. Tetapi saya melihat orang yang memakai jam berharga ribuan
ringgit masih tergagap-gagap ketika bercakap di depan khalayak.
Dari sisi lain, saya
melihat jam lebih merupakan aksesori. Bukan lagi untuk melihat waktu. Apatah
lagi untuk menjaga masa, jauh sekali. Hampir semua orang akan memakai jam tapi
jarang sekali yang menjaga waktunya. Jam tidak lebih dari merupakan perhiasan
semata-mata.
Tidak salah memiliki
jam mahal kalau berkemampuan. Dan tidak menjadi kesalahan orang yang
berkemampuan tetapi masih memakai jam murah. Mahal atau murah bukan
persoalannya, apa yang lebih penting adalah menepati waktu dan menjaga masa.
Saya ada beberapa utas
jam tangan, dan kebanyakannya merupakan hadiah dari orang yang tersayang.
Kenapa ‘beberapa’? Bukan kah satu sudah cukup? Entah! Tidak ada jawapan yang
konkrit mengenainya. Jawapan paling hampir, kerana jam adalah perhiasan. Mesti
ada beberapa. Senyum sendiri…..
Jam hantaran kahwin. Usianya dah masuk 10 tahun, sama usia dengan perkahwinan kami. Harganya tak mahal tapi ada nilai sentimental di situ. |
Jam BONIA hadiah hari lahir dari permaisuri hati. |
Jam paling mahal dalam koleksi. Mahal bagi golongan marhaen macam saya. Juga hadiah dari permaisuri hati. |
Satu-satunya jam yang saya beli sendiri. TISSOT PRC 200. Bukan ori, hanyalah replika. |
No comments:
Post a Comment