Kuantan, bandar yang sangat familiar dengan keluarga kami. Rasanya kami lebih kerap mengunjungi Kuantan berbanding Kuala Terengganu, walaupun saya memang berasal dari Kuala Terengganu. Mungkin kerana faktor jarak rumah saya yang lebih dekat dengan Kuantan iaitu. Paka. Dan mungkin juga kerana dahulu saya bersekolah di sini.
Saya sukakan Kuantan. Kerana banyak pilihan gedung membeli-belah yang ada. Dan entah untuk yang ke berapa kali kami mengunjungi Kuantan lagi. Dan kebiasaanya kami akan bermalam 1 malam di sini.
Hotel yang selalu kami tempah. Hotel Seasons View. |
Kami selalu menginap di sini. Fasiliti okay le. Cukup untuk keperluan keluarga kami. Tapi sejak akhir-akhir ni internetnya problem. Mungkin kena cari alternatif lain agaknya.
Queen + 1 single |
Bilik air okay le. |
Seumur hidup, rasanya ini la first time saya makan di makan Manhattan Fish Market. Saja nak merasa.
![]() |
Spaghetti seafood. Agak pedas. |
![]() |
Fish 'n' Chip. Rasa boleh la tahan. |
![]() |
Ini seafood soup. Dah lupa namanya. Supnya masin. |
Overall, makanannya biasa-biasa saja. Harga pun mahal. Mungkin tak kena dengan selera. Orang yang berasal dari kampung macam saya mungkin lain seleranya. Rasa-rasanya inilah kali pertama dan terakhir saya berkunjung ke restoran ni.
Pagi-pagi selepas breakfast, pergi pusing-pusing di pasar karat Taman Kerang. Berdekatan masjid besar Kuantan. Kebanyakan barang-barang second hand. Ada sesetengah barang tu tak terfikir, bahawa akan ada orang yang akan beli.
On the way balik, singgah bandar Kemaman. Lunch kat Kemaman station. Saya tak pernah perasan kopitiam ni. Ni 1st time singgah setelah di rekomenkan oleh orang rumah. Decoration dia agak menarik. Di satu sudut kelihatan satu almari yang penuh dengan segala barangan berkaitan Coca-Cola. Memang menarik.
Segala barangan berkaitan Coca-cola. Ownernya memang obses dengan Coca-Cola agaknya. |
Menu yang ada. |
Mushroom sup, roti bom + kari kentang & telur separuh masak. |
Kari ayam dengan nasi putih. |
Mee tomyam |
HOMESTAY MURAH DI KUANTAN ( 013-3604802 )..adalah .Ustaz Homestay Kuantan...... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....penginapan malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan penginapan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 semalam....TERIMA KASIH kerana anda membaca hebahan ini.
ReplyDeleteHOMESTAY MURAH DI KUANTAN ( 013-3604802 )..adalah .Ustaz Homestay Kuantan...... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....penginapan malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan penginapan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 semalam....TERIMA KASIH kerana anda membaca hebahan ini.
ReplyDelete