Saturday, 22 August 2015

Chemerong

Assalamualaikum w.b.t,


Setelah sekian lama menetap di Kemaman dan Paka, baru sekarang berpeluang ke Chemerong. Air terjun Chemerong sangat popular bagi penduduk sekitar sini, sebagaimana popularnya air terjun Sekayu bagi penduduk sekitar Kuala Terengganu. Perancangan untuk pergi sudah lama, tapi sering tertangguh kerana alasan yang sangat popular, 'sibuk'. Sibuk yang tidak ada kesudahan. 
Air terjun Chemerong terletak di kawasan hutan simpan Pasir Raja, Dungun. Lokasinya di sini. Simpang ke Chemerong terletak di Jalan Jerangau-Jabor. Kalau dari Kuantan, melalui Jalan Jerangau-Jabor, sebelum bandar Al-Muktafi Billah Shah, ada simpang sebelah kiri ke Chemerong. Ada papan tanda sebelum itu. Dan begitu sebaliknya kalau dari Kuala Terengganu. 
Di zaman kecanggihan teknologi ini, saya kira bukan suatu masalah untuk mencari lokasinya. 
Sementara cuti masih berbaki, pada 21/08/15 yang lepas kami mengambil peluang berkunjung ke sini. Kami datang bersama keluarga ipar.


Umar, anak saya yang kedua atau bongsu setakat ini, paling teruja. Paling terakhir kunjungannya ke air terjun ketika masih kecil. Berbagai tafsiran tentang air terjun yang diterjemahkan dari otak kecilnya tentang air terjun. Kadang-kadang tafsirannya  agak lucu bagi kami. 


Mungkin kerana hujung minggu, tempat ini agak meriah. Pengunjung yang berkhemah juga ramai. Kemudahan yang disediakan juga lengkap. 

Tapak perkhemahan juga di sediakan.




Oleh kerana tempat ini kawasan 'kepala air'. Pengunjung di nasihatkan berwaspada. Sentiasa peka dengan siren. 



Laluan ke kawasan perkelahan. Kalau terus akan sampai ke air terjun yang teratas. 


Kalau ikutkan map, air terjunnya yang tingggi itu terletak lebih kurang 1 jam berjalan kaki dari pintu masuk. Tapi memandangkan kami datang dengan famili, kami hanya mencelah ruang sini sahaja, dan memang sesuai. 

Umar yang sangat teruja. Mungkin tafsirannya tentang air terjun telah terungkai. 











Panaskan kamera yang dah lama sejuk terperap. Lokasi yang sesuai untuk peminat fotografi yang sukakan teknik slow shutter speed. 





















Masa untuk pulang. Lain kali mungkin datang lagi, bawak pakaian dan kasut yang sesuai, panjat bukit sampai air terjun yang teratas. Kalau ada masa dan tak 'sibuk'. 






No comments:

Post a Comment